PENCINTA BAHASA

Ahad, 3 Mac 2013

Kata Nama Am

Kata nama am ialah kata nama yang amnya digunakan untuk menyebut dan menyatakan nama benda yang bernyawa dan tidak bernyawa.

Benda bernyawa ialah manusia, binatang dan tumbuhan.
Contoh:- 

manusia = ayah, perempuan, kerani, budak
binatang = ayam, lembu, kambing, ikan
tumbuh -tumbuhan= pokok, betik, lalang, mawar
benda = pasir, batu, pisau, kereta, kasut
tempat = pejabat, pulau, sekolah, taman

Kata nama am dapat dibahagikan kepada nama yang konkrit dan abstrak. Kata nama konkrit berkaitan dengan nama sesuatu yang boleh dipegang dan dirasa atau dilihat. Manakala kata nama abstrak melibatkan sesuatu yang hanya dapat dibayangkan.


Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.

Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada awal ayat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan