Pembahagian markah mengikut aktiviti seperti berikut;
1. Aktiviti pembentangan hasil kumpulan (50 markah)
2. Aktiviti menjawab soalan pilihan (50 markah)
_______________________________________
Keseluruhan = 100 markah
Kumpulan Coklat ( /100),
Kumpulan Biru ( /100),
Kumpulan Jingga ( /100).
PENCINTA BAHASA
Ahad, 24 Mac 2013
Set 3 Soalan Ayat Tunggal
Sila tandakan ( / ) untuk ayat tunggal yang betul.
1. Ali suka membuang merata-rata tempat. ( )
2. Abu dan Ali pergi ke program pemuliharaan alam sekitar. ( )
3. Hafsah sedang mengikuti program gotong-royong. ( )
4. Limah menggunakan kertas terpakai untuk membuat hiasan. ( )
1. Ali suka membuang merata-rata tempat. ( )
2. Abu dan Ali pergi ke program pemuliharaan alam sekitar. ( )
3. Hafsah sedang mengikuti program gotong-royong. ( )
4. Limah menggunakan kertas terpakai untuk membuat hiasan. ( )
Set 2 Soalan Ayat Tunggal
Sila bina ayat tunggal berdasarkan perkataan yang diberikan di bawah.
1. Plastik.
2. Tin Aluminium.
3. Kertas.
4. Kaca.
1. Plastik.
2. Tin Aluminium.
3. Kertas.
4. Kaca.
Set 1 Soalan Ayat Tunggal
Sila lengkapkan ayat tunggal di bawah dengan menggunakan pilihan jawapan yang sesuai.
1. Ali ________________ penjual kertas. (seorang / seekor)
2. Emak ______________ membersihkan halaman rumah. (sedang / lalu)
3. Kakak rajin _______________ tin aluminium. (menggumpul / menghimpun)
4. Ayah selalu pergi ke pusat kitar _______. (semula / hidup)
1. Ali ________________ penjual kertas. (seorang / seekor)
2. Emak ______________ membersihkan halaman rumah. (sedang / lalu)
3. Kakak rajin _______________ tin aluminium. (menggumpul / menghimpun)
4. Ayah selalu pergi ke pusat kitar _______. (semula / hidup)
Kitar Semula
KITAR SEMULA (RECYCLE)
3 JULAI (SMKPS) – Sedarkah kita dalam sehari berapa banyak sampah yang telah kita buang? Sebenarnya dalam sehari kita telah menghasilkan lebih daripada 18,000 tan sampah dan ini mampu memenuhi KLCC dalam tempoh 8 hari sahaja..
Kos untuk melupuskan sampah ini pula mencecah berjuta-juta ringgit. Setiap tahun jumlah sampah yang dibuang akan terus meningkat dan kawasan pelupusan sampah pula semakin penuh. Di sinilah pentingnya kesedaran masyarakat untuk melakukan kitar semula sebelum bumi ini musnah.
Apakah maksud kitar semula ?
Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses semula barang-barang terpakai dan terbuang untuk dijadikan barangan baru yang berguna. Bahan tersebut sebenarnya masih boleh digunapakai tetapi perlu melalui proses kitar semula.
Apa kepentingan kitar semula ?
1) Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita
Kini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita. Sudahnya di mana kita akan tinggal?
2) Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih
Sampah boleh menjejaskan kesihatan manusia dan kebersihan persekitaran. Jika dibiarkan bersepah ia boleh mengeluarkan bau dan menyebabkan penyakit. Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.
3) Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran
Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu punca pencemaran udara, air dan bau. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar tersebut daripada terus mengancam kualiti kehidupan kita.
4) Kitar semula untuk menjimatkan kos, sumber dan tenaga
i) Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik 3 jam televisyen.
ii) Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan 4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok. Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara yang bersih.
iii) Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam.
iv) Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca.
ii) Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan 4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok. Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara yang bersih.
iii) Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam.
iv) Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca.
Apakah bahan yang boleh dikitar semula ?
Terdapat 4 jenis item yang disarankan kepada orang ramai untuk dikitar semula. Item-item tersebut adalah plastik, kertas, aluminium dan kaca.
Semua bekas kaca yang berwarna atau jernih termasuk botol minuman, bekas makanan, botol vitamin, bekas alat solek dan seumpamanya boleh dikitar semula. Barangan kaca perlu dimasukkan ke dalam tong kitar semula berwarna HIJAU
Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin-tin minuman boleh dikitar semula. Ia mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna MERAH
Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna, seperti suratkhabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak boleh dikitar semula. Semua jenis kertas mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna BIRU.
Begitu juga semua plastik yang berwarna atau tidak berwarna seperti beg membeli-belah, beg pasaraya, botol minuman, botol air mineral, bekas makanan, bekas sabun, bekas vitamin dan seumpamanya boleh dikitar semula. Barangan berasaskan plastik perlu dimasukkan ke tong kitar semula berwarna KUNING
Cara memulakan kempen kitar semula di rumah dan di pejabat
1) Ubah cara anda membuang sampah
Jangan buang segala-galanya ke dalam tong sampah yang sama. Asingkan bahan boleh dikitar semula daripada sampah-sarap yang lain. Ambil sedikit usaha untuk mengasingkan kertas, plastik, tin aluminium, tin keluli dan barangan kaca.
2) Amalkan sistem yang mudah
Amalkan sistem yang mudah diikuti dan lakukannya berterusan. Sediakan tong atau beg di tempat-tempat yang strategik di rumah atau pejabat. Tong atau beg ini digunakan untuk menyimpan bahan kitar semula.
3) Pilihan bekas
Anda boleh gunakan sebarang jenis tong atau beg. Contohnya: kotak kadbod, kotak kayu, bakul plastik dan rotan, tong sampah berpenutup, beg plastik, sarung guni, beg sampah plastik dan lain-lain
4) Libatkan ahli keluarga dan rakan sekerja
Amalan ini menjadi lebih mudah jika setiap orang komited untuk mengitar semula. Di sekolah pelajar boleh diterapkan dengan sikap kitar semula kertas yang telah digunakan, plastik makanan di kantin dan tin minuman yang dibeli. Amalan ini akan dapat menjaga persekitaran sekolah daripada kekotoran.
5) Pastikan ia ringkas
Tabiat lama memang sukar dikikis, tetapi boleh diubah secara beransur-ansur. Yang penting jangan beria-ia sangat dan jangan guna paksaan. Amalkan konsep kitar semula selangkah demi selangkah. Tunjukkan kesungguhan anda melalui teladan dan amalkannya sehingga ia menjadi sebahagian hidup anda.
Kesimpulannya, Kita harus mempraktikkan amalan 3R iaitu kurangkan penggunaan (reduce), guna semula (reuse) dan kitar semula (recycle). Sudah tiba masanya kita menangani masalah ini sebelum terlewat. Fikir dulu sebelum buang, Jadikan amalan mengitar semula sebagai sebahagian hidup kita.
|
Ahad, 3 Mac 2013
Latihan Kata Ganti Nama Diri
Lengkapkan ayat dengan kata ganti nama diri yang sesuai.
dia kami saya mereka kita
1. Cikgu memarahi__________ kerana bermain semasa belajar.
2. ________ menangis kerana duitnya hilang.
3. Ini kucing_________. Namanya comot.
4. Zeti, Aida dan Nisa pergi ke sekolah. __________ berjalan kaki.
5. ________ dikehendaki menghormati Jalur Gemilang.
dia kami saya mereka kita
1. Cikgu memarahi__________ kerana bermain semasa belajar.
2. ________ menangis kerana duitnya hilang.
3. Ini kucing_________. Namanya comot.
4. Zeti, Aida dan Nisa pergi ke sekolah. __________ berjalan kaki.
5. ________ dikehendaki menghormati Jalur Gemilang.
Kata Ganti Nama
Kata Ganti Nama
Kata ganti nama terdiri daripada:
Kata ganti diri (pertama, kedua dan ketiga)
Kata ganti diri singkatan.
kata ganti tanya
kata ganti tempat
kata ganti tak tentu
Kata ganti diri pertama digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
Kata Ganti Diri Ketiga digunakan untuk merujuk kepada diri orang ketiga ketika bercakap.
Kata Ganti Diri Ketiga dan penggunaannya:-
Kata ganti nama terdiri daripada:
Kata ganti diri (pertama, kedua dan ketiga)
Kata ganti diri singkatan.
kata ganti tanya
kata ganti tempat
kata ganti tak tentu
Kata ganti diri pertama digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
Kata ganti diri pertama dan penggunaannya:-
- aku digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan tuhan.
- saya digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam susana yang rasmi.
- beta digunakan oleh sultan apabila bertitah kepada rakyat
- patik digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.
- kami diguna kepada diri orang yang berkata serta tenmannya apbila bercakap dengan orang kedua.
- kita digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua.
Kata Ganti Diri Kedua. Merujuk kepada diri orang yang bercakap dengan kita.
Kata ganti diri kedua dan penggunaannya:-
- anda digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita.
- awak digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
- engkau digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan.
- tuanku digunakan apabila bercakap dengan sultan atau raja.
- kamu digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
Kata Ganti Diri Ketiga digunakan untuk merujuk kepada diri orang ketiga ketika bercakap.
Kata Ganti Diri Ketiga dan penggunaannya:-
- baginda digunakan untuk raja dan sultan.
- beliau digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu, bapa,guru dan pemimpin.
- dia dan ia digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.
- mereka digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.
Latihan Kata Nama Khas
Baca dan gariskan kata nama khas.
Encik Hamid doktor mata. Dia membuka klinik sendiri. Klinik itu terletak di bandar Puchong. Nama kliniknya ialah Klinik Mata Malik. Kliniknya dibuka setiap hari kecuali hari Ahad. Encik Malik ada dua orang pekerja. Nama pekerjanya ialah Cik Mazni dan Cik Siti.
Latihan kata Nama Am
Isikan tempat kosong dengan kata nama am.
kawan ayam pasar bola murid mata
1. Roslin _____________ tahun satu.
2. Kamal dan Adi suka bermain ____________ sepak.
3. Yasmin suka makan ______________ goreng.
4. Lia mengikut ibu ke _______________ malam.
5. Siti dan Ani berkawan ______________ sejak kecil.
6. Ayah membeli cermin _______________ baru.
Latihan Kata Nama
Baca dan pilih perkataan diberi dan tulis mengikut kumpulan kata nama yang sesuai.
mata bas Sungai Perak Si Putih lima
Proton Waja kedai milo Muar Aminah
Kata nama am Kata nama khas
Kata Nama Khas
Kata nama khas digunakan untu menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan tidak bernyawa.
Benda bernyawa berkaitan dengan nama manusia dan binatang. Manakala benda yang tidak bernyawa ialah tempat, judul buku, bangunan, benda dan sebagainya.
Contohnya:-
manusia ( nama orang) =Siti Salmah, Ahmad, Mei Ling, Subramaniam
binatang (nama gelaran haiwan) =Tompok, putih, Sang Bedal.
tempat = Melaka, Kampung Siput, Taman Melati, Jalan Pulai
bangunan = Pudu Raya, Masjid India, Sekolah Kebangsaan Peria.
judul buku = Kamus Dewan, Matahariku (novel), Keluarga (majalah)
benda = Proton Perdana, Pilot (pen), Seiko (jam)
Kata nama khas mestilah ditulis dengan huruf besar pada huruf pertamanya.
Kata Nama Am
Kata nama am ialah kata nama yang amnya digunakan untuk menyebut dan menyatakan nama benda yang bernyawa dan tidak bernyawa.
Benda bernyawa ialah manusia, binatang dan tumbuhan.
Contoh:-
manusia = ayah, perempuan, kerani, budak
binatang = ayam, lembu, kambing, ikan
tumbuh -tumbuhan= pokok, betik, lalang, mawar
benda = pasir, batu, pisau, kereta, kasut
tempat = pejabat, pulau, sekolah, taman
Kata nama am dapat dibahagikan kepada nama yang konkrit dan abstrak. Kata nama konkrit berkaitan dengan nama sesuatu yang boleh dipegang dan dirasa atau dilihat. Manakala kata nama abstrak melibatkan sesuatu yang hanya dapat dibayangkan.
Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.
Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada awal ayat
Langgan:
Catatan (Atom)