PENCINTA BAHASA

Ahad, 24 Mac 2013

Markah Setiap Kumpulan

Pembahagian markah mengikut aktiviti seperti berikut;

1. Aktiviti pembentangan hasil kumpulan (50 markah)
2. Aktiviti menjawab soalan pilihan (50 markah)
_______________________________________
Keseluruhan = 100 markah


Kumpulan Coklat (    /100),
Kumpulan Biru     (    /100),
Kumpulan Jingga  (    /100).

Set 3 Soalan Ayat Tunggal

Sila tandakan ( / ) untuk ayat tunggal yang betul.

1. Ali suka membuang merata-rata tempat. (   )
2. Abu dan Ali pergi ke program pemuliharaan alam sekitar. (   )
3. Hafsah sedang mengikuti program gotong-royong. (   )
4. Limah menggunakan kertas terpakai untuk membuat hiasan. (   )

Set 2 Soalan Ayat Tunggal

Sila bina ayat tunggal berdasarkan perkataan yang diberikan di bawah.

1. Plastik.
2. Tin Aluminium.
3. Kertas.
4. Kaca.

Set 1 Soalan Ayat Tunggal

Sila lengkapkan ayat tunggal di bawah dengan menggunakan pilihan jawapan yang sesuai.

1. Ali ________________ penjual kertas.  (seorang / seekor)
2. Emak ______________ membersihkan halaman rumah. (sedang / lalu)
3. Kakak rajin  _______________  tin aluminium. (menggumpul / menghimpun)
4. Ayah selalu pergi ke pusat kitar _______. (semula / hidup)

Kitar Semula


KITAR SEMULA (RECYCLE)



3 JULAI (SMKPS) – Sedarkah kita dalam sehari berapa banyak sampah yang telah kita buang?  Sebenarnya dalam sehari kita telah  menghasilkan lebih daripada 18,000 tan sampah dan ini  mampu memenuhi KLCC dalam tempoh 8 hari sahaja..
Kos untuk melupuskan sampah ini pula mencecah berjuta-juta ringgit. Setiap tahun jumlah sampah yang dibuang akan terus meningkat dan kawasan pelupusan sampah pula semakin penuh. Di sinilah pentingnya kesedaran masyarakat untuk melakukan kitar semula sebelum bumi ini musnah.
Pastikan anda letakkan sampah ke dalam tong yang betul
Pastikan anda letakkan sampah ke dalam tong yang betul
Apakah maksud kitar semula ?
Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses semula barang-barang terpakai dan terbuang untuk dijadikan barangan baru yang berguna. Bahan tersebut sebenarnya masih boleh digunapakai tetapi perlu melalui proses kitar semula.
Apa kepentingan kitar semula ?
1) Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita
Kini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita. Sudahnya di mana kita akan tinggal?
2) Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih
Sampah boleh menjejaskan kesihatan manusia dan kebersihan persekitaran. Jika dibiarkan bersepah ia boleh mengeluarkan bau dan menyebabkan penyakit. Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.
3) Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran
Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu punca pencemaran udara, air dan bau. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar tersebut daripada terus mengancam kualiti kehidupan kita.
4) Kitar semula untuk menjimatkan kos, sumber dan tenaga
i) Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik 3 jam televisyen.
ii) Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan 4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok. Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara yang bersih.
iii) Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam.
iv) Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca.

Apakah bahan yang boleh dikitar semula ? 

Terdapat 4 jenis item yang disarankan kepada orang ramai untuk dikitar semula. Item-item tersebut adalah plastik, kertas, aluminium dan kaca.
KACA
KACA
Semua bekas kaca yang berwarna atau jernih termasuk botol minuman, bekas makanan, botol vitamin, bekas alat solek dan seumpamanya boleh dikitar semula. Barangan kaca perlu dimasukkan ke dalam tong kitar semula berwarna HIJAU
ALUMINIUM
ALUMINIUM
Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin-tin minuman boleh dikitar semula. Ia mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna MERAH
KERTAS
KERTAS
Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna, seperti suratkhabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak boleh dikitar semula. Semua jenis kertas mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna BIRU.
PLASTIK
PLASTIK
Begitu juga semua plastik yang berwarna atau tidak berwarna seperti beg membeli-belah, beg pasaraya, botol minuman, botol air mineral, bekas makanan, bekas sabun, bekas vitamin dan seumpamanya boleh dikitar semula. Barangan berasaskan plastik perlu dimasukkan ke tong kitar semula berwarna KUNING
Cara memulakan kempen kitar semula di rumah dan di pejabat
1) Ubah cara anda membuang sampah
Jangan buang segala-galanya ke dalam tong sampah yang sama. Asingkan bahan boleh dikitar semula daripada sampah-sarap yang lain. Ambil sedikit usaha untuk mengasingkan kertas, plastik, tin aluminium, tin keluli dan barangan kaca.
2) Amalkan sistem yang mudah
Amalkan sistem yang mudah diikuti dan lakukannya berterusan. Sediakan tong atau beg di tempat-tempat yang strategik di rumah atau pejabat. Tong atau beg ini digunakan untuk menyimpan bahan kitar semula.
3) Pilihan bekas
Anda boleh gunakan sebarang jenis tong atau beg. Contohnya: kotak kadbod, kotak kayu, bakul plastik dan rotan, tong sampah berpenutup, beg plastik, sarung guni, beg sampah plastik dan lain-lain
4) Libatkan ahli keluarga dan rakan sekerja
Amalan ini menjadi lebih mudah jika setiap orang komited untuk mengitar semula. Di sekolah pelajar boleh diterapkan dengan sikap kitar semula kertas yang telah digunakan, plastik makanan di kantin dan tin minuman yang dibeli. Amalan ini akan dapat menjaga persekitaran sekolah daripada kekotoran.
5) Pastikan ia ringkas
Tabiat lama memang sukar dikikis, tetapi boleh diubah secara beransur-ansur. Yang penting jangan beria-ia sangat dan jangan guna paksaan. Amalkan konsep kitar semula selangkah demi selangkah. Tunjukkan kesungguhan anda melalui teladan dan amalkannya sehingga ia menjadi sebahagian hidup anda.
gambar sampah
Mahukah kita hidup kita seperti ini nanti !!!
Kesimpulannya, Kita harus mempraktikkan amalan 3R iaitu kurangkan penggunaan (reduce), guna semula (reuse) dan kitar semula (recycle). Sudah tiba masanya kita menangani masalah ini sebelum terlewat. Fikir dulu sebelum buang, Jadikan amalan mengitar semula sebagai sebahagian hidup kita.

Ahad, 3 Mac 2013

Contoh Bahan Interaktif KSSR


Latihan Kata Ganti Nama Diri

Lengkapkan ayat dengan kata ganti nama diri yang sesuai.

dia  kami  saya  mereka  kita

1. Cikgu memarahi__________ kerana bermain semasa belajar.

2. ________ menangis kerana duitnya hilang.

3. Ini kucing_________. Namanya comot.

4. Zeti, Aida dan Nisa pergi ke sekolah. __________ berjalan kaki.

5. ________ dikehendaki menghormati Jalur Gemilang.